Sunday, May 30, 2010

GAS beri Samy seminggu untuk letak jawatan



5.38pm: Mugilan mendakwa lagi bahawa masyarakat India tidak lagi menyokong Samy Vellu dan telah beralih kepada pembangkang.

Katanya, GAS akan menganjur petisyen ke seluruh negara untuk memungut 500,000 tandatangan mendesak Samy meletak jawatan, memandangkan dia kini menjadi liabiliti kepada MIC.

"Siapakah yang lebih besar? Pemimpin atau rakyat?” tanya beliau, disambut laungan gemuruh hadirian “Rakyat!”

Becakap kepada media kemudiannya, Mugilan berkata beliau memberi tempoh seminggu kepada Samy untuk berfikir secara mendalam, sama ada mahu meletak jawatan atau sebaliknya.

Mugilan juga berkata, beliau berharap kerajaan akan menimbang memberi jawatan kanan kepada Samy Vellu sekiranya presiden MIC itu melepaskan jawatannya.

5.00pm: Mugilan mengumumkan perhimpunan GAS sebagai berjaya ekoran kehadiran yang ramai dan menyifatkanya sebagai satu petanda desakan supaya Samy meletak jawatan.

Menurutnya, walaupun taktik kotor digunakan oleh "pihak tertentu" untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunanitu, tetapi GAS masih mampunyai berjaya melaksanakannya.

Program tersebut, tegasnya, telah berjaya untuk mendesak Samy meletak jawatan.

4.57pm: Mugilan mendedahkan bahawa RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan GAS. Bas-bas yang membawa penyokong GAS dari Pulau Pinang, Pahang dan tempat-tempat lain telah dihalang. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin GAS 'diculik' atau hilang, dakwa Mugilan lagi.

Samy, dakwa Mugilan, akan menumpukan kepada usaha memenangi pemilihan jawatan presiden dan kemudian menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan mereka yang dia tidak suka sebelum pemilihan parti berikutan supaya dapat terus menguasai parti.

4.46pm: V Mugilan memberitahu media bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan insiden seorang penyokong memukul poster Samy dengan kasut yang berlaku sebelum ini (3.48pm), dan berharap insiden itu tidak akan diperbesar-besarkan kerana ia bukan budaya masyarakat India.

Katanya, lelaki tersebut bertindak demikian kerana merasakan dirinya ditipu berhubung skandal Maika.

Mugilan juga berkata tindakannya mendesak Samy meletak jawatan adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan diminta berbuat demikian oleh Umno atau pihak-pihak lain.

4.35pm: Ahli jawatankuasa pusat yang dipecat, G Kumar mengetaui 4,500 hadirin melaungkan sebanyak tiga kali mendesak Samy meletak jawatan.

Dalam ucapannya, Kumar berkata banyak pihak dalam masyarakat India yang mahu Samy meletak jawatan, tetapi beliau enggan tuntuk kepada kehendak mereka.

“V Mugilan bertekad untuk membawa perubahan dalam parti, dan dipecat oleh Samy."

4.47pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 4,500 ketika KP Samy, berucap, mendesak kerajaan BN supaya berhenti "melindungi" Samy Vellu atau berdepan dengan risiko hilangan sokongan masyarakat India.

3.48pm: Seorang penyokong GAS memukul poster Samy dengan kasut yang diikat pada hujung kayu penyapu, disambut dengan sorakan hadirin.

Beliau begitu emosional sekali dan terpaksa ditenang dan diminta duduk.

3.45pm: Bekas pemimpin veteran bahagian Petaling Jaya, V Subramaniam, yang lebih dikenali sebagai Baratmaniam, yang berucap kepada hadirin, mengecam Samy berhubung RM9 juta saham Telekom yang sepatutnya diperuntukkan kepada masyarakat India.

Beliau juga turut membangkitkan skandal yang membabitkan syarikat pendidikan MIC, Maju Institute for Education Development (MIED), dan mendakwa mempunyai satu dokumen yang ditandatatangani mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjamin bahawa MIED adalah badan untuk masyarakat India dan bukan untuk mana-mana individu.

Berikutan itu, beliau menggesa masyarakat India supaya bersatu untuk memperbaiki keadaan.

3.33pm: Jumlah hadiri kini meningkatkan kepada kira-kira 4,000.

3.18pm: Govindarajoo kemudianya bercakap kepada pihak media selepas menyampaikan ucapanya itu.

Katanya, dalam ucapan tersebut, beliau memohon maaf kepada masyarakat India keana membawa Samy Vellu menyertai MIC.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana Samy Vellu mengkhianati masyarakat dan negara.

"(Dia melakukan ini) bukan sahaja kepada MIC, tetapi juga MCA serta Umno."

Menurutnya, beliau merupakan orang yang memperkenalkan Samy Vellu kepada MIC, dan kini mahu beliau meletak jawatan.

Govindrajaoo juga menyalahkan Samy Vellu kerana bersikap angkuh dan enggan meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu.

"Kegagalan terbesarnya ialah kalah di (parlimen) Sungai Siput," tambahnya.

3.07pm: Pemimpin veteran MIC, V Govindarajoo menyampaikan ucapan pembukaan di perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu.

3.00pm: Jumlah hadirin kini meningkat kepada kira-kira 3,500 orang. Ia bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti MIC.

2:50pm: Antara pemimpin yang hadir termasuk bekas timbalan ketua Pemuda MIC Mugilan V dan bekas ahli jawatankuasa pusat, G Kumar, serta pemimpin veteran V Govindaraju.

Govindaraju (kiri, tengah) dikatakan pernah menjadi sekutu kuat Samy Vellu dan membantu Samy Vellu menang kali pertama bertanding jawatan presiden.

Sekitar 1,500 orang sudah mula berkumpul di dalam Pusat Konvensyen dan Pamerah Antarabangsa Mines untuk menyertai perhimpunan gerakan anti-presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sebelum itu, bekas ahli jawatankuasa pusat MIC bekerja KP Samy tiba pada jam 2.17 petang dan meminta mereka yang hadir untuk mengambil tempat.

Malaysiakini/-

Kerajaan Tidak Berhak Pinda Hukum Allah - Dr Yusof al Qaradhawi

Islam telah menetapkan bahawa satu-satunya kuasa yang berhak menghalal dan mengharamkan sesuatu itu adalah kuasa Allah semata-mata. Tidak kira betapa tingginya darjat seseorang tersebut di dalam agama Allah, ataupun dari sudut pandangan manusia, ia tetap hak Allah SWT semata-mata.

Ia bukanlah hak orang cendekiawan atau ahli ugama, bukan juga milik raja atau sultan, untuk mereka menentukan sesuatu itu haram selama-lamanya kepada mana-mana manusia. Maka, sesiapa yang melakukan demikian, bermakna dia telah melampaui batasan hak Allah SWT di dalam mengatur syariat bagi semua makhluk.

Bahkan, sesiapa yang mengakui bahawa mereka berhak untuk mengatur syariat, dan orang ramai mengikutinya, seolah-olah dia telah menjadikan aturan mereka tersebut sebagai tandingan bagi Allah, dan mereka yang mengikutinya turut dikatakan sebagai syirik.

Allah SWT berfirman

Adakah patut bagi mereka, mempunyai sembahan-sembahan selain daripada Allah yang menyusun syariat di dalam agama, dengan sesuatu yang tidak diizinkan oleh Allah? (Surah asy Syura : 21)

Al Quran mengkritik golongan ahli kitab yang telah memberikan kekuasaan untuk menghalal dan mengharamkan kepada golongan-golongan cerdik (pendeta), dan ahli-ahli ugama dari kalangan mereka. Allah SWT berfirman

Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang yang mereka sekutukan (Surah at Taubah : 31)

Seorang sahabat Nabi SAW, ‘Adiy bin Hatim telah datang berjumpa Baginda SAW (beliau adalah penganut agama Nasrani sebelum Islam). Ketika mana beliau mendengar Nabi SAW membacakan ayat 31 Surah at Taubah tersebut, beliau berkata :

“Wahai Rasulullah, mereka bukanlah menyembah benda-benda (cendekiawan dan ahli ugama) tersebut”

Lalu Baginda SAW menjelaskan

“Benar apa yang kamu katakan. Sesungguhnya mereka telah mengharamkan apa yang dihalalkan ke atas mereka, dan mreka juga menghalalkan apa yang diharamkan, lalu mereka mengikut sahaja syariat sesat tersebut. Maka perbuatan ini dikira penyembahan terhadap benda-benda tersebut”

Di dalam riwayat lain, bahawa Nabi SAW bersabda untuk mentafsirkan ayat 31, Surah at Taubah dengan berkata :

“Sekiranya mereka tidak dikatakan menyembah benda-benda tersebut, akan tetapi apabila benda-benda tersebut menghalalkan sesuatu perkara, mereka juga turut menghalalkannya. Begitu juga apabila benda-benda tersebut mengharamkan sesuatu perkara, mereka juga turut mengharamkannya.

Sebelum ini telah diceritakan tentang tanggapan orang kristian bahawa syariat itu berhak diatur oleh orang-orang mereka, bahkan ia bercanggah dengan al Quran. Orang Nasrani masih beranggapan bahawa Nabi Isa AS memberi kebenaran sepenuhnya kepada anak-anak muridnya untuk menghalal atau mengharamkan sesuka hati mereka.

Sepertimana yang telah diceritakan di dalam Injil Mathew 18:18

“Satu kebenaran yang aku beritahu kepadamu, iaitu semua perkara yang berkaitan dengan urusanmu di dunia, ia juga sepertimana di langit. Dan setiap perkara yang kamu halalkan di dunia, ia juga dihalalkan di langit”

Demikianlah sepertimana yang Islam kritik terhadap golongan yang mensyirikkan Allah. Mereka mengharam dan menghalalkan sesuatu perkara tanpa keizinan daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum) : “Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah kepada mereka : “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?” (Surah Yunus : 59)

Allah SWT berfirman

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu : “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya (Surah an Nahl : 116)

Berdasarkan ayat ini, dan hadis yang telah disebutkan sebelum ini, Fuqaha telah mengemukakan satu pengetahuan yang meyakinkan, iaitu

“Sesungguhnya Allah sahajalah empunya kuasa untuk menentukan sesuatu itu halal atau haram di dalam al Quran, atau melalui lidah rasul-rasulNya”

Sesungguhnya peranan fuqaha’ dan ulama’ itu tidak melanggar hukum-hukum Allah di dalam menghalal atau mengharamkan sesuatu. Allah SWT berfirman

Allah SWT telah menerangkan kepada kamu apa yang diharamkanNya ke atas kamu (Surah al An’am : 119)

Fuqaha’ bukanlah berperanan untuk mengatur syariat agama bagi manusia tentang perkara yang dibenarkan ataupun tidak, sebaliknya mereka bersama-sama ulama’-ulama’ dan ijtihad-ijtihad mereka berusaha mengelakkan diri daripada mengeluarkan fatwa. Bahkan mereka lebih suka menyerahkan sesuatu permasalahan kepada ulama’ lain kerana mereka khuatir terhalalkan sesuatu yang haram, dan terharam sesuatu yang diharamkan.

p/s : Risalah ini diterjemah daripada artikel di dalam Buku al Halal Wal Haram, karangan Dr Yusof al Qaradhawi yang bertajuk "Allah Sahaja Yang Berhak Menghalal Atau Mengharamkan"

Sekitar Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia

Jumaat, 14 Jumadilakhir 1431 – 28 Mei 2010

Program rasmi bermula jam 11.00 pagi dengan taklimat yang diadakan bertempat di Dewan Peperiksaan Mahaad Darul Quran, Rusila. Taklimat ringkas perjalanan program itu disampaikan oleh Setiausaha PASTI Terengganu dan Setiausaha PASTI Malaysia.

Sebelum itu semua peserta telah berkumpul di Masjid Rusila untuk mengikuti kuliah ilmu pagi Jumaat. Pengisian telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sejak jam 9.00 pagi.

Tepat jam 2.00 petang semua peserta membanijiri Kompleks Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu untuk majlis perasmian Program Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia.

Ucapan-ucapan majlis perasmian bermula dengan kata=kata aluan Ustaz Mohd Sood Said, Pengarah PASTI Terengganu diikuti oleh ucapan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mond Nor Hamzah.

Selepas itu Puan Saadiah Abu Bakar, Pengerusi MGP Malaysia pula menyampaikan ucapan diikuti oleh ucapan aluan Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Majlis perasmian Hari Guru PASTI Malaysia disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh AF Ustaz Dato; Haji Abu Bakar Chik, Pengerusi Lajnah Pendidkan PAS Pusat.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan penghargaan kepada guru-guru PASTI seluruh negara. Kemuncak program ialah pengumuman Tokoh Guru PASTI Malaysia bagi tahun 2010 yang telah disandang oleh Cikgu Siti Sofea bt Rafiei dari PASTI negeri Sabah.

Tahniah kepada semua ! Sejuta penghargaaan kepada PASTI Terengganu di atas komitmen yang begitu tinggi mengelolakan program ini !

Moga ALLah memberikan keberkatan kepada kita semua …………..

Malam 28 Mei 2010.

Taklimat Koperasi PASTI Malaysia diadakan bermula jam 9.00 malam. Sebelum itu majlis cabutan undi Pesta Sukan PASTI Malaysia dijalankan sementara menunggu audien memenuhi dewan kompleks.

Cabutan undi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan selesai dalam tempoh 25 minit.

Selepas itu taklimat koperasi disampaikan oleh Cikgu Azrin Majid, Pengerusi KoPASTI Malaysia.

Taklimat selesai pada jam 11.00 malam. Mudah-mudahan semua guru PASTI akan memanfaatkan peluang menyertai koperasi ini untuk kebaikan kita bersama.



Selepas habis acara, semua peserta bersegera pulang ke tempat penginapan masing-masing untuk berehat seketika. Diharapkan semua guru PASTI akan segar dan bertenaga untuk menyertai Muktamar MGP mulai jam 8.00 pagi esok.






Gimik dan Ucapan Perasmian Hari Guru PASTI Malaysia 2010.



Tuesday, May 25, 2010

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN PASTI

Oleh Mohd Fadhli Ghani




Islam sebagai sebuah cara hidup yang rahmatan lil ‘alamin memancarkan cahayanya kepada segenap lapisan manusia tanpa mengira usia. Kerana itulah Islam menekankan pendidikan hendaklah bermula daripada buaian, khususnya dalam membina jati diri sebagai hamba Allah yang sejati. Asas pendidikan formal yang memacang kekentalan aqidah mestilah bermula ketika setiap kanak-kanak mulai mengenal nama-nama benda. Dan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang menyedari hakikat ini telah mengambil tanggungjawab dengan mewujudkan sebuah institusi pendidikan formal pra-sekolah bagi melahirkan tunas-tunas Islam yang berjiwa rabbani melalui penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) semenjak dua dekad yang lalu.

ASAL MULA KEMUNCULAN PASTI

Sejarah Penubuhan PASTI telah bermula lebih awal daripada usia dua dekad tersebut. Ketika PAS berada salam Barisan Nasional (BN) antara 1973 hingga 1977, sebahagian gerakan dakwah Islam, terutama bidang kepemudaan digerakkan melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang ketika itu dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor. ABIM pada ketika ini dianggap sebagai sayap belia PAS. Pada 1976, ketika jawatan Presiden ABIM sedang dipangku oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor, telah tercetus idea untuk menubuhkan institusi pendidikan pra-sekolah Islam untuk kanak-kanak Islam. Hasilnya, dua buah institusi pendidikan pra-sekolah perintis telah ditubuhkan oleh ABIM di Melaka dan Kedah pada 1976 atas nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).

Melihat perkembangan dan sambutan yang semakin baik terhadaop TASKI, pada 1977 satu Bengkel Pelajaran dan Pendidikan sempena Muktamar Senawi ABIM telah diadakan untuk membincangkan keperluan institusi pendidikan pra-sekolah Islam sebagai model pendidikan pra-sekolah yang berteraskan falsafah pendidikan Islam. Semenjak itu, TASKI telah tumbuh dan berkembang ke seluruh Negara dan mendapat sokongan daripada ahli-ahli PAS dan ABIM bukan sahaja menubuhkan cawangan-cawangan TASKI, tetapi menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan awal berteraskan Islam sesuai dengan era kebangkitan Islam ketika itu. Pada April 1979, TASKI telah dilancarkan secara rasmi oleh PAS dengan seliaan oleh ABIM.

Walau bagaimanapun, pada 1982 gerakan Islam dikejutkan dengan penyertaan Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Ini menyebabkan pimpinan ABIM berpecah sama menyokong Datuk Seri Anwar bersama UMNO, atau memilih PAS-parti yang menjadi induk kepada ABIM sebelumnya. Kesan ini turut diterima secara langsung oleh TASKI sehingga menyebabkan pengurusan TASKI berpecah dua sama ada kekal bersama ABIM atau beralih kepada PAS. Pergolakan pengurusan ini telah mendorong Dewan Pemuda PAS Kelantan mengambil langkah menggabungkan semua TASKI milik ahli PAS Kelantan di bawah satu institusi baru yang dinamakan Pusat Tarbiyah Anak-Anak Islam (PUTRA Islam) pada 1984. sebaliknya, Dewan Pemuda PAS Terengganu yang mengadakan Seminar Pengurusan TASKI pada 25 Disember 1985 untuk mengawal selia semua TASKI yang bernaung di bawah PAS Terengganu semenjak 1980 telah bersetuju mengekalkan nama TASKI bagi institusi pendidikan pra-sekolahnya.

KELAHIRAN PASTI

Dua langkah proaktif Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Terengganu ini merupakan titik mula kepada terbina sejarah PASTI yang tersendiri. Langkah ini kemudian diikuti oleh Dewan Pemuda PAS Kedah yang mulai mengatur penyusunan semula pengurusan semua TASKI milik PAS Kedah di bawah satu pengurusan pada 1986. hasilnya, pada 1987 PAS Kedah telah berjaya mewujudkan satu pengurusan baru pendidikan pra-sekolah yang dinamakan sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Nama PASTI telah dicadangkan oleh Naib Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad. Ini didikuti oleh penyusunan semula institusi pra-sekolah milik ahli PAS di Wilayah Persekutuan pada 1986, Pulau Pinang pada 1986 dan Melaka pada 1987.

Menyedari kepentingan institusi pra-sekolah ini kepada usaha-usaha dakwah pada 29 Mac 1987, mesyuart Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersetuju supaya usul pendidikan Islam dibahaskan dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-28 pada 10 April 1987. Setelah usul ini diterima oleh muktamar, Dewan Pemuda PAS yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Halim Arshat pada 27 Jun 1987 telah membincangkan masalah pengurusan TASKI milik PAS kawasan dan cawangan yang bergerak tanpa penyelarasan, tiada sukatan pelajaran dan tidak mempunyai buku teks. Oleh itu, telah dipersetujui supaya diwujudkan satu lajnah khusus untuk menyelesaikan masalah pendidikan ini dan diadakan satu seminar pendidikan untuk mengumpulkan semua pengusaha TASKI PAS bagi mewujudkan penyelarasan.

Bagi tujuan penyelarasan tersebut, Dewan Pemuda PAS Pusat pada 9 Januari 1988 telah membuat satu arahan kepada Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Terengganu supaya menghantar kurikulum TASKI Terengganu dan PUTRA Islam Kelantan untuk dijadikan asas sukatan pendidikan semua Pra-Sekolah milik PAS. Untuk tujuan tersebut, sebuah unit yang dinamakan Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pusat telah ditubuhkan pada 6 Mei 1988 dengan diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah, dan dibantu oleh Cikguy Noh Ahmad dan Ishak Ismail. Dewan Pemuda PAS Pusat pada tarikh tersebut juga telah bersetuju menerima PASTI sebagai nama rasmi semua institusi pendidikan pra-sekolah milik PAS di seluruh negara. Semenjak itu, TASKI milik PAS mulai dikenali secara rasmi sebagai PASTI.

PASTI BERKEMBANG DAN MENCURAH BAKTI

Semua TASKI negeri mulai dikenali sebagai PASTI bermula di Kedah semenjak 1988, diikuti oleh Kelantan (1988), Melaka (1989), Wilayah Persekutuan (1989) dan Terengganu (1990). PASTI kemudiannya ditubuhkan di Perlis pada 6 April 1988, Pahang (1989), Johor (1989) dan diikuti oleh negero-negeri lain termasuk Perak, Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan. Untuk memantapkan pengurusan PASTI ini, Jabatan Pendidikan Pra-Sekolah telah mengadakan Seminar Pra-Sekolah di Masjid Rusila, Marang pada 29-30 Mei 1988 yang dihadiri oleh pengurus-pengurus PASTI dan TASKI dari seluruh negeri. Dua kertas dibentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Pra Sekolah” oleh Ustaz Halim Arshat dan “Penyelarasan Manhaj Pendidikan Pra Sekolah” oleh Ustaz Harun Taib.

Sebagai langkah pengukuhan kepada penubuhan PASTI, Cikgo Noh Ahmad telah membentang Resolusi Seminar Pra-Sekolah pada 24 Jun 1988, diikuti oleh taklimat perancangan penyelarasan PASTI oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah pada 16 September 1988 kepada Dewan Pemuda PAS Pusat.

Selain usaha berterusan di peringkat pusat, PASTI Terengganu dan Kedah turut mengambil inisiatif dengan mengadakan expo dan hari terbuka PASTI di peringkat negeri untuk tujuan promosi antara 1988 hingga 1989. PASTI Terengganu juga telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Ekonomi Pendidikan Pra-Sekolah dan Seminar Penyelarasan Pentadbiarn Pra-Sekolah Terengganu. Terengganu juga turut mempelopori usaha melatih guru-guru dengan mengadakan kursus Perguruan Pra-Sekolah pada 1989, didikuti oleh Johor dan Kedah.

Berbeza dengan negeri-negeri lain, di terengganu dan Kelantan nama PASTI tidak digunakan secara rasmi sebaliknya dikekalkan nama TASKI dan PUTRA Islam. Nama PASTI hanya digunakan di Terengganu pada 1 April 1990 denagn pengambilan TASKI oleh PASTI di Madrasah Darus Salam, Kg. Losong. Di Kelantan juga nama PASTI hanya digunakan secara menyeluruh salepas 1990. pada 29 April 1989, pengurusan PASTI telah diletakkan di bawah Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dengan Ustaz Abu Bakar Abdullah sebagai pengarah. Setelah meyakini kekukuhan organisasi PASTI, pad a15 Januari 1989 Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan PASTI supaya melaporkan aktivitinya kepada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat mulai 1989.

Usaha-usaha untuk membawa PASTI ke tengah masyarakat terus dipergiatkan termasuk arahan Dewan Pemuda PAS Pusat pada 23 September 1989 supaya satu kempen memperkenalkan PASTI diadakan diseluruh Negara. Pada 14 Januari 1990, PASTI menganjurkan Pertandinagn Mencipta Logo PASTI, dan pertandingan ini dimenangi oleh Raja Abdul Aziz Raja Azlan dari Kg.Pandan, Kuala Lumpur. Logo rasmi PASTI yang diguna pakai sehingga hari ini tersebut mula digunakan secara rasmi semenjak 21 Julai 1991. bagi mengukuhkan lagi organisasi PASTI, mulai 16 Januari 1993, semua PASTI diarahkan supaya berdaftar denagn PASTI Pusat bagi mengelakkan tekanan kerajaan yang mahu pra-sekolah didaftarkan dengan kerajaan, dan Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengesahkan struktur baru organisasi penyelerasan PASTI semua peringkat pada 26 Februari 1994.

Bagi memantapkan perjalanan PASTI, Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah mengadakan Bengkel Penyelarasan PASTI di peringkat pusat pada 10 Disember 1989, didikuti oleh penyelarasan secara rasmi mulai 14 Januari 1991. kemudian satu Konvensyen Pendidikan Pra-Sekolah telah diadakan di Kota Bharu pada 15-16 NMovember 1991 untuk membentuk landasan pergerakan PASTI, didikuti oleh Bengkel Kurikulum dan Latihan Perguruan PASTI di Terengganu pada 9 september 1992 serta Bengkel Perguruan dan Pembinaan Moral PASTI di Selangor pada 25-27 Oktober 1992. selain penyususnan kurikulum dan perguruan, PASTI pada 1994 turut merancang untuk mewujudkan penyelarasan organisasi danpentadbiran, kurikulum, latihan, buku teks, hari persekolahan, pakaian seragam, bahan keperluan, elaun guru dan sebagainya. Pada 29 Jun 1994, PASTI berjaya mewujudkan pakaian seragam dan menetapkan 19 November setiap tahun sebagi cuti umum PASTI bagi memperingati Peristiwa Memali.

Setelah berjaya mewujudkan pakaian seragam, PASTI terus bergerak dengan mengemaskan kurikulum pendidikannya. Pada 12 Ogos 1995, PASTI telah menganjurkan satu majlis Taklimat Buku PASTI kepada pengurus-pengurus untuk penyelarasan semula buku teks PASTI buat kali pertama semenjak ia diselaraskan pada 1992. Tiga tahun kemudian, PASTI telah mengadakan pemurnian buku teks sekali lagi, sebelum diikuti oleh Bengkel Penggubalan Buku Teks 6 Tahun pada 21-22 April 2001 di bentong untuk mengemaskinikan buku teks PASTI. Ini diikuti oleh usaha PASTI memperkenalkan penggunaan buku rekod prestasi baru yang selaras dengan perubahan silibus dan buku teks, dan satu Seminar Penggunaan Buku Rekod Prestasi PASTI diadakan di Seremban pada 7 Mei 2001. memandangkan keperluan semasa, PASTI telah membuat kajian dan menggubal sukatan baru untuk 4 Tahun mulai 2003, di samping menyediakan kursus persiapan untuk guru-guru bagi membolehkan pengambilan pelajar 4 Tahun dimulakan pada sesi 2005.

PASTI turut mengadakan majlis ihtifal atau konvokesyen kepada para pelajar mengikut cawangan masing-masing atau mengikut kawasan. Selain itu, PASTI telah mengadakan majlis ihtifal PASTI Kebangsaan dua tahun sekali mulai 1998 setelah berjaya diadakan buat pertama kali pada 29-30 November 1998 di Bumbung Lima, Pulau Pinang. Ihtifal di peringkat kebangsaan ini bertujuan untuk meraikan pelajar melalui pelbagai pertandingan antara negeri. Bagi memastikan kebajikan para pelajar ini dijaga berterusan, PASTI telah memperkenalkan Tabung Kebajukan PASTI untuk setiap pelajar, guru dan juga ahli-ahli jawatankuasa PASTI yang menjadi ahli. PASTI juga turut bercadang mewujudkan Yayasan PASTI dan perkara ini telah dipersetujui oleh Dewan Pemuda PAS Puat pada 29 Ogos 1994, tetapi belum berjaya dilaksanakan. Selain itu, PAS juga diberi kepercayaan oleh Kementerian Kesihatan dalam Program Pendidikan Kesihatan apabila PASTI turut dijemput menyertai satu majlis anjuran Kementerian tersebut pada 11 Januari 1994 di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Bainun.

Selain daripada para pelajar, satu komponen terpenting dalam organisasi PASTI ialah guru-guru. Kesedaran terhadap masalah perguruan PASTI telah lama wujud, terutama semenjak di adakan kursus-kursus perguruan PASTI pada 1989. Menyedari masalah latihan dan kebajikan guru ini, Dewan Pemuda PAS Pusat pada 15 Januari 1994, telah mengarahkan PASTI supaya menubuhkan sebuah badan khas perguruan PASTI yang membawa kepada persetujuan menubuhkan Majlis Guru PASTI 17 Julai 1994. Majlis ini kemudiannya ditubuhkan cesara rasmi dalam Ijtimak Guru PASTI Kali Pertama di Masjid rusila pada 19-20 Ogos 1994. setelah itu, Ijtimak Guru PASTI menjadi acara tahunan PASTI, di samping Muktamar Tahunan Majlis Guru PASTI. Kemuncak pengiktirafan terhadap guru-guru PASTI ini, pada 27 Mei 2001, diadakan Hari Guru PASTI Malaysia Pertama bertema “Pra-Sekolah Cemerlang Generasi Gemilang” yang dirasmikan oleh Raja Perempuan Kedah di SRIDU, Keah.

Di samping itu juga, tumpuan besar turut diberikan kepada usaha menyediakan latihan perguruan terbaik untuk PASTI. Pada 15 Januari 1994, Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersetuju supaya satu ‘maktab perguruan’ terapung diwujudkan untuk melatih guru-guru PASTI. Beberapa kursus mulai diwujudkan yang diselaraskan oleh PASTI Puat seperti Kursus Asas Perguruan PASTI, Kursus Persijilan Perguruan PASTI dan Kursus Perguruan Dalam Perkhidmatan PASTI diadakan dari masa ke masa.

Pada 30 November – 1 Disember 1996, Majlis Konvokesyen guru PASTI Kali Pertama talah diadakan di Taman Melewar sebagai acara dwi tahunan untuk menganugerahkan sijil-sijil perguruan kepada guru-guru yang telah menamatkan kursus mereka dengan jaya. Mulai tahun 2000, Kursus Guru PakarPASTI mula diperkenalkan apabila dua kursus berjaya diadakan pada 26-29 Mei 2000 dan 2-4 September 2000 di Sepang. Satu majlis Konvokesyan Guru Pakar PASTI Pertama diadakan di Ipoh pada 23 November 2000. pada 22-24 Jun 2001, PASTI menganjurkan Kursus Pemantapan Guru Pakar kali pertama di Kuala Terengganu.

PASTI juga telah memberikan perhatian untuk membangunkan organisasi dan sistem perguruan PASTI di semua peringkat. Selain berjaya mewujudkan struktur organisasi penyelarasan PATI pada 26 Februari 1994, PASTI turut mengadakan Seminar Pengurus-pengurus PASTI pada setiap tahun mulai 5 September 1994, selain mengadakan seminar perguruan PASTI peringkat negeri dan kawasan. PASTI juga mengadakan Kursus Perguruan PASTI dan pada 30 November – 2 Disember 2001, PASTI mengadakan Bengkel Manual Pengurusan PASTI di Sepang bagi membentuk penyelarasan yang lebih cekap. Hasilnya, pada 2002 PASTI telah berjaya mewujudkan manual pengurusannya sendiri.

Selain itu, nama Jabatan PASTI dan Sekolah juga telah menukar namanya kepada Jabatan PASTI pada 13 September 1997 bagi mengukuhkan lagi fungsinya.

Sebagai satu usaha mempromosikan PASTI, sekali gus memasyarakatkan PAS, PASTI telah berjaya merebitkan buletinnya buat pertama kali pada 27 Mei 2001 dengan nama Buletin PASTI. Pada 20 November 2000, PASTI telah melancarkan laman webnya di Ipoh oleh Ustaz Idris Ahmad. PASTI juga mengadakan beberapa acara tahunan yang lain seperti Ihtifal PASTI, Suakn PASTI, Karnival Pendidikan PASTI, Hari Keluarga, Hari Interaksi Ibu Bapa, ceramah dan forum serta projek-projek kemasyarakatan yang lain di pelbagai peringkat khususnya cawangan dan kawasan. Melalui Buletin PASTI juga, satu kela yang dinamakan Kelab Adikku Sayang turut diwujudkan sebagai kelab pelajar-pelajar PASTI. PASTI juga tidak melupai ibu bapa dengan menggalakkan setiap PASTI menubuhkan Jamaah Ibu Bapa dan Guru (IJBG) PASTI mulai 2002.

DITEKAN OLEH KEZALIMAN PEMERINTAH

Penubuahn PASTI ynag bermula dengan serba kekurangan mula mendapat perhatian kerajaan, khususnya Umno yang dengan sambutan meluas daripada masyarakat. Semenjak awal penubuhannya, PASTI (atau TASKI) telah meneriam pelbagai tekanan daripada kerajaan. Pad 1979, TASKI telah disaman oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu tetapi kesnya telah ditolak oleh Mahkamah. Menjelang 1994, mulaI kedengaran desas-desus untuk memaksa PASTI didaftarkan dengan kerajaan – satu usaha untuk mengawal pertumbuhan PASTI. Perkembangan ini mempumyai kaitan dengan cadanagn pndaaan Akta Pendiddikan 1995 yang mahu mengawal semua institusi pendidikan. Untuk itu, pada 24 Februari 1994 Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan PASTI bagi mengkali pro dan kontra pendaftaran tersebut. Sebagai satu usaha jahat Kerajaan BN, mereka telah menggunakan jabatan-jabatn agama negeri bagi memberikan tekanan kepada PASTI.

Menjelang akhir 1994, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah mengarahkan supaya PASTI ditutup atau berdaftar dengan mereka. Walau bagaimanapun, pada 22 Januari 1995, Dewan Pemuada PAS Pusat telah mengambil keputusan tegas untuk tidak menutup PASTI walaupun cuba diambil tindakan oleh JAIM. Setelah Akta Pendidikan dipinda pada 1995, beberapa usaha lain yang lebih licik cuba dilakukan bagi mengelkang pergerakan PASTI tetapi tidak berjaya. Isu ini kemudian reda apabila PASTI berdegil untuk mempertahankan status quonya sehinggalah isu ini timbul semula pada 1999 apabila Umno/BN ditolak oleh orang-orang Melayu dalam pilihan raya.

Pad 20 Disember 1999, Pemuda Umno yang bimbang denagn pengaruh PASTI telah mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Pendidikan untuk membincangkan status PASTI, khususnya di bawah Akta Pendidikan 1995. kesan daripada itu, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan PASTI supaya mendaftarkan semua cawangan PASTI di bawah Kementerian Pendididkan atau jabatan agama negeri. Beberapa usaha untuk menceroboh, mengambil alih dan menakut-nakutkan PASTI dilakukan oleh Kerajaan BN melalui jabatn agama, polis dan sebagainya di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan sebagainya. Tetapi PASTI sekali lagi mempertahankan haknya, sehinggalah Setiausaha Agung PAS mengeluarkan arahan pada 27 Februari 2001 yang melarang semua PASTI daripada didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan atau mana-mana jabatan kerajaan.

Ketakutan Umno/BN terhadap PASTI begitu teserlah apabila Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed cuba mengaitka institusi pendidikan agama di Malaysia termasuk PASTI dengan keganasan selepas tragedi 11 September 2001. Dalam ucapannya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di New York, Dr Mahathir cuba mengaitkan PASTI dengan eleman keganasan.bahkan Dr Mahathir sendiri berkali-kali menuduh PAS menagjar anak-anak PASTI membenci pemimpin dan memijak gambarnya. Selain itu, PASTI turut dituduh menanam sentimen politik kepartian kepada kanak-kanak, mengajar kanak-kanak membenci kerajaan, memperalatkan kanak-kanak untuk kempen pilihan raya, guru tidak terlatih, tiada kurikulum lengkap dan prasarana daif. Kebimbangan Umno/BN ini dimanifestasikan oleh ingatan Dr Mahathir terhadap ahli-ahli Umno ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Kubang Pasu pada 21 April 2001, supaya tidak menghantar anak-anak belajar di PASTI.

Tindakan berterusan Umno/BN untuk menghalang pengaruh PASTI lebih ketara di negeri Selangor apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diperalatkan sepenuhnya untuk menutup PASTI. Pada 15 Oktober 2001, JAIS telah mengeluarkan satu notis mengarahkan semua PASTI di Selangor ditutup. Dewan Pemuda PAS Pusat dalam satu sidang medianya pada 30 Oktober 2001 membantah tindakan zalim Kerajaan BN melalui JAIS ini. Akhirnya isu ini gagal digunakan oleh Umno/BN apabila Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Selangor berjaya membuktikan PASTI sebagai sebuah institusi yang sah dan tidak perlu didaftarkan mengikut Seksyen 18C Bahagian A, Ajta Pertubuhan 1966. satelah itu, usaha-usaha menutup PASTI mulai reda walaupun masih berterusan.

KEPIMPINAN PASTI

Kepimpinan PASTI bermula secara rasmi apabila Dewan Pemuda PAS Pusat menubuhkan Jabatan Pendidikan Pra-Sekolah pada 6 Mei 1988 untuk mengurus dan menyelaraskan semua institusi pra-sekolah PAS. Pada peringkat awal, tiga tokoh yang memainkan peranan besar dalam pentadbiran PASTI ialah Ustaz Abu Abkar Abdullah, Ustaz Ishak Ismail dan cikgu Noh Ahmad. Ustaz Abu Bakar telah dilantik sebagai pengarah jabatan tersebut dengan dibantu oleh Ustaz Ishak sebagai Setiausaha walau bagaimanapun, mulai 29 April 1989, Jabatan Pendidikan Pra-Sekolah telah diserapkan sebagai satu unit di bawah Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS dengan nama PASTI. Ustaz Abu Abkar Chik selaku Pengerusi Lajanh Tarbiyah dan Kepemimpinan.

Pada 18 Mei 1989, Jabatan PASTI diwujudkan semula dengan Ustaz Abu Abkar Abdullah sebagi Pengarah PASTI merangkap Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Kepemimpinan. Haji Najib Fahmi Yahya dilantik sebagai Timbalan Penagrah, manakala Ustaz Ishak Ismail dan Cikgu Noh Ahmad masing-masing sebagai Setiausaha dan Bendahari PASTI. Pengarah-pengarah PASTI negeri secara automatik menjadi ahli jawatankuasa. Setelah beberapa tahun memimpin PASTI, tugas sebagai Pengarh PASTI diambil alih oleh Cikgu Noh Ahmad untuk meneruskan perjuangan PASTI pada 1993. perubahan kepemimpinan ini telah memberikan imej baru kepada PASTI daripada zaman kemunculan kepada zaman pembangunan.

Di bawah pimpinan Cikgu Noh Ahmad, PASTI telah merokai pelbagai usaha untuk mengukuh gerakkannya termasuk penyelarasan struktur organisasi termasuk menukar nama daripada Jabatan PASTI dan Sekolah kepada Jabatan PASTI. PASTI juga telah memajukan kurikulum pendidikannya, latijan perguruan dan pengurusan, di samping terus berperanan mendekati masarakat. Antara tokoh penting yang bergerak bersama-sama dalam membangunkan PASTI ialah Ustaz Zakaria Dagang, Cikgu Azrin Abdul Majid, Haji Manja Lodin, Dr rainey Azmi Ali dan lain-lain. Kepemimpinan beliau tidak lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan pemuda PS Pusat kerana faktor usia.

Perubahan kepemimpinan kali ketiga pada 1999 telah meletakkan Cikgu Azrin Majid sebagai Ketua Pengarah PASTI sekali lagi memberikan nafas baru kepada institusi tersebut dalam menyumbang bakti kepada agama, negara dan bnagsa. Gandinagn kepemimpinan Cikgu Azrin bersama Cikgu Roseman Ab Rahman, Cikgu Hassan Aladi dan lain-lain membawa PASTI menuju ke hadapan. Walaupun era kepempipinan Cikgu Azrin dianggap selesa kerana PASTI telah mantap, tetapi pada era beliaulah PASTI menerima tekanan yang paling kuat terhadap beberapa usaha menutup dan mengharamkan PASTI. Tetapiusaha gigih barisan kepemimpinan PASTI berjaya meletakkan institusi ini ke persada masyarakat.

DUA DEKAD PASTI

Kemunculan PASTI pada 1984 sebagai PUTRA Islam di Kelantan dan TASKI di Terengganu telah membawa kepada perkembangan positif apabila proses penyatuan dan penyelarasan diwujudkan pada 1988, PASTI hanya memiliki 90 buah TASKI dan 4 buah PASTI di Terengganu serta 72 buah TASKI dan 14 buah PUTRA Islam di Kelantan. Walau bagaimanapun, kesan daripada usaha bersungguh-sungguh semua pihak, menjelang 1994, PASTI telah berjaya menubuhkan 744 buah cawangan, berkembang menjadi 888 buah pada 1998, bertambah kepada 1,431 buah pada 2002, dan kini berjumlah 1,476 buah pada 2004. Selain itu juga, PASTI turut memiliki 3,015 orang guru dan 56,059 murid pada 2004.

Sepanjang 20 tahun PASTI bergerak dalam amsyarakat, ia bukan sahaja telah menyediakan satu pendidikan alternatif untuk pra-sekolah, tetapi telah memainkan peranan besar untuk membiana jati diri dan kekentalan aqidah di kalangan tunas-tunas Islam. PASTI turut menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara dan umat Islam, di mana PASTI telah membantu kerajaan menyediakan pendidikan kepada lebih sejuta pelajar semanjak 1984. jika PASTI menubuhkan sebuah Alumni PASTI, sudah tentu alumni tersebut mempunyai lebih sejuta ahli yang kini telah bergiat dalam pelbagai bidang pembangunan negara.

Bukan setakat itu sahaja, sumbangan PASTI kepada negara. Selain menyemai benih-benih Islam kepada anak-anak dan membantu kerajaan dalam bidang pendidikan, PASTI telah menyediakan sejumlah lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Jika setiap guru meneriam purata elaun RM400.00 sebulan, bermakna PASTI telah memacu pertumbuhan ekonomi sebanyak sejumlah RM1.2 juta sebualn atau RM14 juta setahun. Ini tidak termasuk sumbangan PASTI terhadap industri-industri hiliran yang lain seperti percetakan, perindustrian pakaian, perkhidmatan dan sebagainya. Untuk menganggap PASTI sebagai satu institusi yang tidak berguan dalam masyarakat, adalah tidak berguna dalam masyarakat, adalah satu pandangan yang sangat daif dan mengelirukan.

PASTI juga turut menjadi jambatan besar bagi PAS mendekati masyarakat. Program-program kemasyarakatan PASTI termasuk hari keluarga, sukan PASTI, ihtifal, JIBG dan sebagainya telah sedikit sebanyak mewujudkan kejelekitan antara PAS dan masyarakat di negara ini. Kejayaan PASTI menarik penyertaan orang-orang bukan Islam dalam institusi pendidikannya di Selangor dan Johor membuktikan betapa PASTI telah diterima oleh masyarakat sebagai satu institusi ummah. Maka, wajarlah jika Dr mahathir terpaksa menyebut tentang PASTI dalam WEF di New york, sama ada untuk mengiktiraf sumbangannya, atau membimbangi pengaruhnya.

Thursday, May 20, 2010

Kasihnya Abang...




SubhanalLah !!!! Kasihnya seorang abang melindungi adiknya. Pasti tersentuh hati sesiapa yang melihat gambar ini.

Ya Allah rahmatilah adik beradik ini dan pimpinlah mereka ke Syurgamu. Amin.... Ya Rabb..

Tuesday, May 18, 2010

Kenangan Bersama MB - Saat Kemenangan

BISMILLAHHIR RAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH.

SELAWAT FATIH:

ALLAH HUMMA SOLLI WASALIM ALAA SAIDINA MUHAMMADINIL FAATIHI LIMA URGLIQA WALKHATIMI LIMAA SABAQA
WANNASIRIL HAQQA BIL-HAQQI WAL HAADI ILAA SIRO’TIMM MUSTAQIM
WA ALAA AALIHII WA SOHBIHII HAQQA QADRIHI WA MIQDARIHIL A’ZIM.

Sukan PASTI Bagan Datoh 2009, di SRAR SG Tiang Darat.










Sambutan 25 tahun PASTI di Stadium Kelantan









Sekitar Hari Anugerah PASTI Bagan Datoh, 2009.