Saturday, August 28, 2010

Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.

Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah.

Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK.

Tadarus Perdana MGP Negeri Perak

Pada Jumaat 17 Ramadhan 1431H PASTI Bagan Fatoh telah menghantar 4 orang guru bersama seorang AJK PASTI Kawasan untuk menhadiri Majlis tersebut.

Pagi ini berlangsung program tahunan MGP Negeri Perak bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning Taiping.


Kehadiran guru-guru PASTI seluruh Perak hampir 200 orang. Sebaik sahaja selesai bertadarus, semua yang hadir menadah taujihat yang disampaikan sendiri oleh Tuan Haji Hasan Aladi Haji Ahmad, Pengarah PASTI Perak. Beliau menyentuh kelabihan membaca Al-Quran, keutamaan beramal soleh dan pengorbanan sepanjang bulan Ramadhan mengambil sempena peristiwa Nuzul Al-Quran dan Badar Al-Kubro.



Sebelum berakhir program, Cikgu Hashan menyampaikan cenderamata berupa kad hari raya Aidil Fitri kepada semua guru-guru yang hadir.

Sunday, August 22, 2010

Fadhilat Bersedekah

BERSEDEKAH PADA SETIAP HARI DI DALAM BULAN RAMADHAN INI,TINGGI PAHALANYA KERANA KELEBIHAN SERTA KEMULIAAN RAMADHAN. BERSEDEKAH PADA BULAN RAMADHAN AKAN MENUTUP KESALAHAN PUASA,DIAMPUNKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DAN BERLIPAT GANDALAH PAHALANYA,DICURAHKAN RAHMAT OLEH ALLAH,DIJAUHKAN DARI AZAB NERAKA,DIDEKATKAN KE SYURGA DAN JAUHKAN DARI BALA...

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD : PERUMPAAN BAGI ORANG YANG MEMBELANJAKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH SEPERTIMANA SEBIJI BENIH YANG MENUMBUHKAN TUJUH TANGKAI,DAN PADA TIAP-TIAP TANGKAI ITU TERDAPAT SERATUS BIJI PULA.

RASULULLAH S.A.W. BERKATA:SEDEKAH ITU SESUATU YANG PALING BESAR..DIULANGI RASULULLAH SEBANYAK 3 KALI ( BEGITU SEKALI RASULULLAH MENEKANKAN KEBESARAN DAN KEMULIAAN BERSEDEKAH )

MAKSUD HADIS : SESUNGGUHNYA BERSEDEKAH ITU DAPAT MENUTUP 10 PINTU KEJAHATAN.

PARA ULAMA’ BERKATA : BERSEDEKAH ITU 10 KEPUJIAN IAITU 5 DI DUNIA DAN 5 DI AKHIRAT :-

5 KEPUJIAN DI DUNIA IALAH :-

1) DAPAT MENYUCIKAN HARTANYA 2) DAPAT MENYUCIKAN BADANNYA, 3) MENOLAK BALA DAN PENYAKIT 4) MENGEMBIRAKAN ORANG MISKIN DAN MENGEMBIRAKAN ORANG MUKMIN ADALAH SEBAIK-BAIK AMAL 5) BERKAT HARTANYA DAN ALLAH AKAN MELUASKAN REZEKINYA.

5 KEPUJIAN DI AKHIRAT IALAH :-

1) DINAUNGI ALLAH ORANG YANG BERSEDEKAH PADA HARI KIAMAT KETIKA SANGAT PANAS 2) RINGAN HISABNYA 3) BERAT TIMBANGAN AMALANNYA 4) MUDAH MELALUI TITIAN SIROTOLMUSTAQIM 5) BERTAMBAH DARJATNYA DI DALAM SYURGA.

DIANTARA WASIAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA SYAIDINA ALI KARAMALLAHI WAJHAH :

WAHAI ALI...KETIKA SELESAI ALLAH MENJADIKAN SYURGA,MAKA SYURGA LANTAS BERTANYA: WAHAI TUHAN,UNTUK APAKAH ENGKAU JADIKAN AKU?JAWAB TUHAN: UNTUK ORANG YANG MURAH HATI DAN BAKTI...MAKA JAWAB SYURGA : YA,AKU REDHA. DAN KEMUDIAN BERKATALAH NERAKA: WAHAI TUHAN,UNTUK APAKAH PULA ENGKAU JADIKAN AKU? JAWAB TUHAN: UNTUK ORANG YANG KIKIR,KEDEKUT DAN SOMBONG...MAKA JAWAB NERAKA : YA,AKU REDHA UNTUK KEDUANYA.

WAHAI ALI...AKU LIHAT TERTULIS ATAS PINTU SYURGA : ENGKAU DIHARAMKAN TERHADAP ORANG YANG KIKIR,ORANG YANG MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA DAN ORANG YANG MENGADU DOMBAKAN ORANG.

WAHAI ALI... BARANGSIAPA YANG MEMBERI MAKAN KEPADA SEORANG MUSLIM DENGAN SENANG HATI,MAKA NESCAYA ALLAH TULISKAN BAGINYA SERIBU-RIBU KEBAJIKAN DAN DIHAPUSKAN SERIBU-RIBU KEJAHATAN DAN DIANGKAT BAGINYA SERIBU DARJAT...

WAHAI ALI...SESUNGGUHNYA ORANG YANG MURAH HATI ITU HAMPIR KEPADA ALLAH, HAMPIR KEPADA RAHMAT-NYA,JAUH DARIPADA SIKSAAN...DAN ADAPUN ORANG YANG KIKIR@KEDEKUT ITU JAUH DARIPADA ALLAH,JAUH DARIPADA RAHMAT-NYA DAN HAMPIR KEPADA SIKSAAN-NYA.

WAHAI ALI...TAKUTLAH KAMU DENGAN DOA ORANG YANG MURAH HATI,KERANA SESUNGGUHNYA ORANG YANG MURAH HATI ITU BILA MANA TERLANGGAR ATAU TERSUNGKUR,ALLAH AKAN MEMEGANG TANGANNYA...

BEGITULAH SERBA SEDIKIT TENTANG FADHILAT BERSEDEKAH...JUSTERU ITU MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGAMBIL PELUANG INI SEMENTARA KITA MASIH DIBERIKAN PELUANG OLEH ALLAH...APATAH LAGI PADA BULAN YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN DAN KEMULIAAN INI...DALAM ERTI KATA LAIN,BULAN RAMADHAN INI ADALAH BULAN UNTUK UMMAT NABI MUHAMMAD...DIMANA BULAN INI ALLAH AKAN MENERIMA DOA-DOA HAMBA-NYA,BULAN UNTUK HAMBA-NYA MENEMPAH SYURGA, BULAN YANG MUDAH DITERIMA KEAMPUNAN DAN TAUBAT HAMBA-NYA,BULAN UNTUK HAMBA-NYA PERBANYAKKAN AMAL IBADAH DAN BAKTI KEPADA ALLAH DAN BULAN YANG MUDAH UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH SUBHANAHU WATAALA...

BERUNTUNGLAH SESIAPA YANG MENGETAHUI DAN BERAMAL PADANYA,DAN SUNGGUH RUGI MEREKA YANG TAHU TAPI TIADA PULA MELAKUKANNYA...

JANGANLAH SAMPAI KITA MENGHADAP ALLAH NANTI DENGAN KEKOSONGAN TANGAN YANG MENGHAMPAKAN,KITA PULANG DENGAN KEMISKINAN AMAL YANG AMAT MENGECEWAKAN DAN DENGAN TANGISAN AIR MATA PENYESALAN YANG TIADA MEMBERIKAN APA-APA ERTI LAGI KEPADA KITA...

_________________
Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari...
Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat...
Puas kita menangis,mencari di manakah matahari !
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI YANG INDAH..."

TAZKIRAH:13KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh
orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah,
bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah
mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di
bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba
melakukan kebaikan dan amal ibadah
Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung. 3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan
yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an,padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna; Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat; Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi