Sunday, June 27, 2010

DRr Asri Masuk UMNO.......

Dr Asri belum sertai parti politik
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR,: Mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) yang dikaitkan antara ulama yang akan menyertai Umno semalam, hari ini menegaskan belum menyertai parti itu mahupun mana-mana parti lain.

Tegasnya, pendirian beliau tetap sama berpegang kepada prinsip Islam dengan menyatakan sokongan berdasarkan kebenaran dan fakta membatasi fahaman politik.

"Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.

"Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa beliau akan menyertai Umno bersama 100 ulamak semalam.

Dalam masa yang sama, beliau memberitahu, menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti.

"Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini," katanya.

No comments: