Sunday, July 21, 2013
Di Kuala Besut .. Abby Abadi umum dah kahwin 12 hari ...
Ketika PAS dan Umno panas berkempen di Kuala Besut, berita perkahwinan Abby Abady nampaknya lagi panas.
Hari ini Abby mengumumkan melalui facebooknya, dia telah berkahwin 12 hari yang lalu dengan jejaka yang baru dikenalinya dua minggu lalu.
"Sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian...Allah kami dulukan," tulis Abby menggunakan akaun Instagram.
Pengumuman itu dibuat Abby ketika berada di Kuala Besut dalam suasana kempen pilihan raya kecil (PRK) di situ rancak berjalan.
Malam tadi, dalam satu majlis anjuran PAS, Abby melelong sepasang baju kurung miliknya dan dibeli dengan harga RM1,100 oleh seorang doktor dari Kelantan.
Menurut Abby, hasil lelongan itu mahu diberikan kepada tabung kempen untuk calon PAS di Kuala Besut.
"Insya Allah, majlisnya (kenduri perkahwinan) dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasi. Doakan," tulis Abby lagi mengulas mengenai perkahwinannya.
Bagi beliau perkahwinan dengan jejaka yang tidak disebutkan namanya oleh beliau itu adalah jodoh.
"Ini jodoh...kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal," tulis Abby lagi.
Abby sebelum ini berkahwin dengan pelakon Norman Hakim, namun jodoh mereka tidak panjang.
Abby dan Norman berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.
Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. Norman kini berkahwin semula dengan pelakon Memey Suhaiza, wanita yang menjadi punca mereka bertelingkah.
Abby yang terkenal dengan watak Inspektor polis dalam siri televisyen popular Datuk Yusof Haslam, Gerak Khas.
Beliau menyertai PAS dan aktif berkempen untuk PAS sepanjang pilihan raya umum ke 13 lalu. ~ The Malaysian Insider
Kah.. kah.. kah.. pasti ada yang mengigit jari... bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Abby Abadi.. semoga segala fitnah terhadap dirinya oleh macai-macai UMNO akan terhenti...
Baca juga siapa suami Abby itu di ( SINI )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment