Sunday, July 21, 2013

Peserta Muslim digugur dari pertandingan ratu cantik

Penganjur Miss Malaysia World 2013 Datuk Anna Lim menggugurkan empat gadis Muslim daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik itu selepas ditegur Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Penganjur memutuskan menghilangkan kelayakan empat gadis itu, iaitu Kathrina Rizuan, Miera Sheikh, Wafa Johanna De Korte dan Sara Amelia Bernard bagi mematuhi arahan mufti berkenaan. “Pertandingan ratu cantik itu akan berlangsung seperti biasa dan beliau (Anna) sangat bersemangat untuk menghidangkan persembahan terbaik kepada gadis bukan Islam,” kata penganjur dalam kenyataan di laman rasminya.

No comments: