Sunday, July 21, 2013
Di Kuala Besut .. Abby Abadi umum dah kahwin 12 hari ...
Ketika PAS dan Umno panas berkempen di Kuala Besut, berita perkahwinan Abby Abady nampaknya lagi panas.
Hari ini Abby mengumumkan melalui facebooknya, dia telah berkahwin 12 hari yang lalu dengan jejaka yang baru dikenalinya dua minggu lalu.
"Sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian...Allah kami dulukan," tulis Abby menggunakan akaun Instagram.
Pengumuman itu dibuat Abby ketika berada di Kuala Besut dalam suasana kempen pilihan raya kecil (PRK) di situ rancak berjalan.
Malam tadi, dalam satu majlis anjuran PAS, Abby melelong sepasang baju kurung miliknya dan dibeli dengan harga RM1,100 oleh seorang doktor dari Kelantan.
Menurut Abby, hasil lelongan itu mahu diberikan kepada tabung kempen untuk calon PAS di Kuala Besut.
"Insya Allah, majlisnya (kenduri perkahwinan) dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasi. Doakan," tulis Abby lagi mengulas mengenai perkahwinannya.
Bagi beliau perkahwinan dengan jejaka yang tidak disebutkan namanya oleh beliau itu adalah jodoh.
"Ini jodoh...kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal," tulis Abby lagi.
Abby sebelum ini berkahwin dengan pelakon Norman Hakim, namun jodoh mereka tidak panjang.
Abby dan Norman berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.
Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. Norman kini berkahwin semula dengan pelakon Memey Suhaiza, wanita yang menjadi punca mereka bertelingkah.
Abby yang terkenal dengan watak Inspektor polis dalam siri televisyen popular Datuk Yusof Haslam, Gerak Khas.
Beliau menyertai PAS dan aktif berkempen untuk PAS sepanjang pilihan raya umum ke 13 lalu. ~ The Malaysian Insider
Kah.. kah.. kah.. pasti ada yang mengigit jari... bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Abby Abadi.. semoga segala fitnah terhadap dirinya oleh macai-macai UMNO akan terhenti...
Baca juga siapa suami Abby itu di ( SINI )
Datuk calon BN pengasas PAS di Kuala Besut
Menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah (Datuk kepada Calon BN) merupakan antara pengasas PAS.
Omar Sulong, 80 (gambar) dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan pernah bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun kalah.
“Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui di sini.
Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an.
Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula mulai berjinak dengan Umno.
“Pakcik memang kenal rapat dengan keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut.
“Dan selepas tamat belajar dia mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu.
“Lama keluarga dia tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa Tengku Zaihan,” ujarnya.
Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah memberitahu mempunyai keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS.
Bagaimanapun Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa sebahagian keluarga Ku Abdul Rahman memberi komitmen menyokong PAS pada Rabu ini.
Pakcik Omar juga memberitahu ketika Ku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Man pulang semula ke Kuala Besut, dia ada datang untuk menyewa rumahnya.
Katanya, dia memberitahu hendak menyewa rumah pakcik kerana ditawarkan menjadi imam di Surau Kuala Besar.
“Pakcik minta notis tidak menjawab lagi sama ada setuju atau tidak. Kemudian pakcik menanyakan betulkah ada ditawar jawatan imam kepada Ustaz Man, namun pihak surau menafikan tiada tawaran dibuat,” katanya.
Selepas itu kata beliau Ustaz Man menumpang di taman perumahan di Kampung Gertak Seratus dan tinggal di sana sehingga sekarang.
Manakala penduduk di perumahan Gertak Seratus pula memberitahu ketika Ustaz Man mengajar di madrasah di kampung berkenaan, tidak ramai penduduk kampung yang datang.
“Sedangkan ketika ustaz lain mengajar, ramai pula ahli jemaah datang mendengar kuliahnya,” ujar beliau.
Kata pakcik Omar juga, Tengku Zaihan dilihat terpaksa menggunakan kedudukan ayahnya untuk meraih populariti, namun bagi warga emas di sini, sudah tahu siapa Ustaz Man sebenarnya ~ Harakahdaily
Teksi 1Malaysia Najib hanya menguntungkan kroni..
Persatuan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) hari ini menyifatkan Teksi 1Malaysia (TEKS1M) bukan sahaja tidak membantu, malah tambah membebankan pemandu teksi.
Pengerusinya, Amran Jan bimbang dengan TEKS1M berikutan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mendedahkan butiran mengenai syarat perjanjian jual beli.
"Urusan atau perjanjian sewabeli teksi ini berlaku antara pemandu teksi dengan siapa atau syarikat mana?
"Konsortium Teksi ataupun SPAD Sdn Bhd? Dan, berapa lama tempoh bayarannya, adakah lima, tujuh atau sembilan tahun? Berapa pula bayaran bulanannya?" katanya.
Pada kenyataan media hari ini, Amran juga mempersoal syarat TEKS1N pembelian Proton Exora untuk dijadikan teksi kerana ia membebankan pemandu teksi.
"Dengan harga RM64,000 sebuah dan berenjin Campro ini, mampukah pemandu teksi menanggungnya?
"Sedangkan Proton Saga BLM berharga RM36,000 pun, ramai gagal di tenggah jalan sebab tak mampu tanggung kos penyelenggaraan yang tinggi," katanya.
Beliau juga membidas pengumuman kerajaan yang memberi permit teksi mengikut program itu kerana ia tidak meningkatkan pendapatan mereka.
Katanya, pemberian permit tidak memberi impak daripada segi meningkatkan pendapatan pemandu teksi yang hanya memperoleh kira-kira RM1,500 sebulan.
"Perancangan tunggang-langgang begini dilihat hanya menambah beban pemandu teksi dan pastinya, menambah satu lagi kroni yang akan mengaut keuntungan di atas penat jerih pemandu.
"Dengan pendapatan semasa pemandu sekitar RM1,500 sebulan, kehidupan akan jadi lebih sengsara!" katanya ~ The Malaysian Insider
Pemegang Amanah Tranungkite Meninggal Dunia |
Saudara Zulkifly Abdullah, pemegang Amanah Tranungkite Online (TKO) yang juga Timbalan Pengerusi PASTI Dungun meninggal dunia kira-kira 1.30 tengahari tadi rebah di bilik air.
Beliau sebelum telah mengalami sakit kencing manis yang kronik (tahad sangat kritikal).
Zulkifly dikenali sebagai Cikgu Zul di Dungun adalah aktivitis PAS yang sangat komited. Beliau aktif dengan Pemuda PAS dan pernah memangang AJK Pemuda PAS Dungun untuk 2 penggal.
Setelah umurnya meningkat beliau aktif dengan PASTI dan unit Amal. Pernah beberapa kali ke luar negara dalam misi-misi Unit Amal.
Penglibatannya menjadi terbatas bila beliau mula mengalami sakit.
Aktif dengan TKO dan terlibat secara langsung semenjak TKO ditubuhkan 14 tahun lalu. Dilantik sebagai Pengurus Kewangan TKO.
Setelah beliau meinggal dunia, Akaun TKO di atas nama beliau di bekukan dan semua urusan kewangan TKO buat masa ini dibekukan sehingga seorang pemengang amanah baru dilantik.
Zulkifly Abdullah tidak kahwin dan dipercayai umurnya ketika ini adalah 55 tahun. Dia kelihatan masih muda (gambar di atas adalah gambar 2012). Dia tinggal di Surau dan menginfakkan sepenuh hidupnya kepada perjuangan Islam.
Semoga Allah merahmati beliau dan apa yang dilakukan sepanjang hayatnya demi perjuangan murni ini!
Al-Fatihah
Sumber : FB Buletin Pas Marang
Thursday, March 15, 2012
JABATAN PASTI PERAK
47 Jalan Meru Impian 6 , Halaman Meru Impian , 30020 , Ipoh , Perak
Email : pastiperak@yahoo.com Tel: 05-5288371/017-5525949
No Akaun BIMB : 08013010027665 (Pusat Asuhan Tunas Islam Perak)
MOHD AZAHARI B. YAHAYA
PENGARAH & PENG.PASTI TG.MALIM
012-6059140/ibniabuzar@yahoo.com
MARUL HAIRI B. MOKHTAR
TIMB. PENGARAH/ UNIT PEPERIKSAAN
019-5796295/maruljan@yahoo.com
AHMAD JAAFAR B. KHALID
TIMB. PENGARAH / UNIT LATIHAN PERGURUAN & PENGURUSAN PROFF
012-5156709/sinarwati.adi@smjk.edu.my
AHMAD DHORIF B RAMLI
TIMB.PENGARAH & UNIT PENERBITAN /PENG. PASTI K. KANGSAR
016-6248730/ahmad_dhorif@yahoo.com /pemudakuala@gmail.com
MOHD HELMI AFFINDI B. ALI
TIMB.PENGARAH /UNIT PENGURUSAN /PENG. PASTI PDG. RENGAS
013-4526552/pastipadangrengas@yahoo.com.my
MUHAMMAD HADHRI B. ABDUL MAJID
SETIAUSAHA
012-5233044/mhadhri70@gmail.com
MOHD NASIR B MOHD NAFIAH
PEN.SETIAUSAHA / UNIT DOKUMENTASI /PENG.PASTI TAMBUN
019-8134766/abihafiz78@gmail.com.my/pastitambun@gmail.com
HJ. ROSLI B. SUHAIME
BENDAHARI
019-4326421/mesenggerdua@yahoo.com
PN.FARIDAH BT.DAWAM
KETUA MGP
019-4352452/faridah_dawam@yahoo.com.my
AHMAD FAISAL B MOHD PUAIT
UNIT KURIKULUM/ PENG.PASTI IPOH TIMUR
013-3911921/ben_puait@yahoo.com
RIDZUAN B RASHID
UNIT PENAZIRAN
017-5525949/ridzuan_rashid@yahoo.com
AHMAD NIZAM B. MOHD DAUD
UNIT DOKUMENTASI / PENG. PASTI TAPAH
019-5735228/ahnizam72@gmail.compastitapah072@gmail.com
RUZAIMI B MOHAMAD
UNIT KAFFAH
013-9457703/mie_upc@yahoo.com
ALI AHMAD B. YUSUF
UNIT EKONOMI/PENG.PASTI TAIPING
013-5156287/alialbanjary@yahoo.com.my
ISMAIL B ADNAN
UNIT KEBAJIKAN /PENG.PASTI TELUK INTAN
018-9667760/ismailadnan2@hotmail.comxpdc111@gmail.com
ABDUL MANAF B. HJ. ISMAIL
UNIT PROJEK KHAS/PENG.PASTI KAMPAR
019-5771621/ummuain75@yahoo.com
JAMALUDIN B. YAHYA
UNIT KOMUNITI / PENG. PASTI PASIR SALAK
019-6932420/zul_faqar88@yahoo.com
MUHAMMAD AMIR B. ABDULLAH THANI
UNIT KOMUNIKASI & TEKNOLOGI MAKLUMAT /PENG. PASTI PARIT BUNTAR
019-5462271/pastiparitbuntar@yahoo.com
MOHD RA’DUAN B. YUSOFF
UNIT KO KORIKULUM/PENG.PASTI BERUAS
019-2558918/raduan73@gmail.com
ABDUL AZIZ B ABDUL MAJID
UNIT LATIHAN PENGURUSAN/PENG.PASTI BAGAN SERAI
019-4126276/abdulaziz74my@yahoo.com/pastibaganserai@yahoo.com
MOHD FIRDAUS B. FAHME
PENG. PASTI GOPENG
010-3340606/atop78@yahoo.com
ABU FIRDAUS AL-BUTI
PENG. PASTI PARIT
017-5240121/mualij_islam@yahoo.com
ZU HAZMIN B BADRI
PENG. PASTI BKT. GANTANG
013-3531365/hazmin12@yahoo.com
KAMARUDDIN B DARUS
PENG. PASTI LARUT
019-5040914/zahar442@hotmail.com/pastilarut@yahoo.com
WAN MUHD MUSTAQIM B. WAN MAHMOOD @ WAN ANUAR
PENG. PASTI GERIK
013-5837878/abu_atiqullah78@yahoo.com/pasti_gerik@yahoo.com
AWIS KHARNI B HUSAIN
PENG. PASTI LUMUT
019-4989130/s_selalu@yahoo.com/pastikawasanlumut@yahoo.com
HASNIZAM B. HASSAN
PENG. PASTI BAGAN DATOH
013-5240034/pastibagandatoh@yahoo.com
MOHD ZAIN AB RAHMAN
PENG.PASTI SG.SIPUT(U)
019-5613869/pasti_ssu7@yahoo.com
SYED AZLI
PENG.PASTI BATU GAJAH
019-9103605/abiazli@yahoo.com

Tuesday, November 1, 2011
Fadilat dan amalan Zulhijjah : 10 Hari Pertama
Kelebihan Bulan Zulhijjah :
10 Hari PertamaBulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji.
Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith.
Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada AllahFirman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengmbil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya.
Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
”Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)
JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA
1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).
5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.
7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”dan di dalam riwayat lain :“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith.
Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada AllahFirman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengmbil pandnagan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Kemelut PPSMI bukti kerajaan BN lemah
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Kemelut dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan kepada rakyat betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kemelut PPSMI berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN sehinggakan sebuah badan NGO, Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) membuat ugutan kepada kerajaan.
“Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik. Rakyat melihat bila mana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.
"Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan Barisan Nasional yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang mantap dan tersusun,” selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Kecelaruan dasar BN, kata beliau telah mengakibatkan negara negara bukan sahaja berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan, bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku,” kata beliau.
Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakyat bahawa keputusan terbaru kerajaan untuk memansuhkan PPSMI masih boleh berubah.
“Rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk tumbang,” sindir beliau.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda.
"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," tegas beliau.

Subscribe to:
Posts (Atom)